Cukup tepat perumpaan orang tua-tua. Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri
Perumpamaan ini disingkapkan untuk menyamakan aksi dan reaksi dalam politik kontemporer tanah air. Cukup menarik!
Sebelum pilihan raya, Khairy Jamaluddin dengan angkuhnya menyamakan para penulis blog atau blogger dengan beruk. Kenyataan kasar berbaur kurang ajar tersebut dilemparkan kerana media UMNO gagal mengekang kebangkitan medium baru maklumat kepada rakyat.
Terbaru, selepas pilihanraya, Pak Lah mengakui bahawa beliau tersalah strategi dengan mengabaikan medium blog dan SMS yang menjadi pilihan generasi muda dan secara automatik menguntungkan pembangkang. Selain itu, Menteri Penerangan yang baru juga ingin bertemu mesra dengan para blogger.
Sebelum pilihan raya, pimpinan tertinggi UMNO menempelak pakatan parti pembangkang yang mengadakan himpunan aman BERSIH sambil menyifatkan bahawa demontrasi bukanlah wadah perjuangan UMNO. UMNO tidak pernah berdemontrasi.
Selepas pilihan raya juga, Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa demontrasi merupakan jalan terakhir untukmenyatakan pendirian politik UMNO. UMNO di Pulau Pinang juga seakan baru belajar berdemontrasi bagi membantah sarana awal Lim Guan Eng ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulsu Mutiara tersebut.
Bukan itu sahaja, UMNO juga kelihatan bersemangat berdemontrasi di Perak, di Perlis dan Terengganu dalam kemelut perlantikan Menteri Besar dan juga bantahan terhadap calon Istana.
Dalam kes yang lain, UMNO menyifatkan tindakan DAP yang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Bukit Chandan sebagai tindakan biadab dan derhaka kepada institusi Kesultanan Melayu. Namun, Lim Kit Siang pantas mangambil langkah mematikan propaganda dan serangan politik dengan memohon maaf kepada Istana.
Di Terenganu, UMNO menjadi juara dalam menghina Sultan dan Yang Di Pertuan Agong dengan menyamakan baginda dengan binatang apabila calon MB yang diberikan watikah oleh PM ditolak oleh Istana Darul Iman. Pihak istana memilih ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru menolak calon kesayangan Perdana Menteri.
Tidak lengkap dengan ini, beberapa siri sidang akhbar, penyerahan memorandum, dan demontrasi boleh ditakrifkan dalam politik sebagai penderhakaan kepada institusi beraja dalam negara kita. Penderhakaan ini bukan lahir daripada Jebat, sebaliknya diketuai sendiri oleh bekas Menteri Besar dan juga Memanda Perdana Menteri. Setakat ini tiada kenyataan maaf secara rasmi dan terbuka dikeluarkan oleh kedua pihak berkenaan kepada pihak Istana.
Kini, UMNO makin derita. Ludah demi ludah terpaksa ditelan semula. Inilah akibatnya mengata dulang paku serpih, mengata orang, dia yang lebih! Buat pimpinan UMNO, hati-hatilah sebelum berbicara.



Saya berfikir kita tidak patut menyalahkan UMNO semata-mata.
Biasalah, UMNO kan belum memuyyiz (tidak dapat membezakan antara baik dan buruk).
kita kene bantu tu….
ustaz dah tengok blog khairi…
hahaha,dia pun nak ikut jadi beruk.
http://www.rembau.net.my
terbaru…blog khir toyo
http://www.drkhir.blogspot.com/
depa pandai plak main blog la nie,hehehe
biasalah ustaz..ni kan memang sifat turun temurun puak umno