Aku sempat menjengah dan menelaah blog-blog oleh para pemimpin mahasiswa kini. Walaupun mereka kini sibuk menghadapi peperiksaan semester, namun dunia blog menjadi medan untuk membincangkan serta melontarkan idealisme perjuangan mereka.
Berikut adalah petikan dalam blog yang terpilih:
Memetik dari blog adisyahid.blogspot.com mengisahkan mahasiswa di USMatas proksi MPPUSM dan Pro Mahasiswa menghantar memorandum bantahan terhadap rehersal Malam Citrawarna. Berikut adalah salinan memorandum pelajar kepada TNC HEP USM: MEMO TERBUKA MPP USM
Di UM pula, Bendahari MPMUM, saudara Mohd Hasbie bin Muda memberikan pandangan beliau dalam isu kilang babi di Selangor. Ikuti pandangan beliau di sini.
Menyoroti pula pandangan Yang Di Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mengenai perpaduan mahasiswa pasca PRU ke 12. Ikuti komentar beliau di sini..
Menyingkap pula perjuangan pemimpin muda yang cakna dengan kebajikan warga kampus. Saudara Hilman yang juga merupakan Exco Kebajikan dan Luar Kampus MPMUM memberikan info bermakna untuk perhatian para pelajar. Sila semak di sini.
Di sini pula saya mencungkil pandangan tegas pemimpin PMIUM yang membuat liputan mengenai bantahan mahasiswa Islam terhadap filem Fitna pada Jumaat lepas di perkarangan Masjid Rahman, Universiti Malaya…Ikuti blog Mohd Ridzuan Mohammad. Juga mengenai sanggahan filem Fitna oleh Graduan UiTM, Saudari Munawwirah di bawah tajuk:FITNA : ANTARA KESEDARAN DAN PERTAHANKAN KEMULIAAN.
Anak muda yang bernama Mohd Faisal Mustafa pula memilih tajuk Sufiah menerusi blog beliau, Jendela Hidup. Satu pandangan yang konstruktif. Ikuti pandangan beliau di sini…
Teruskan perjuangan kalian di medan Blog ini. Mudahan semua pihak boleh memahami bahawa jiwa anak muda tampil dengan idea yang lebih segar untuk kebaikan bangsa, agama dan negara…



0 Responses to “Pemimpin Mahasiswa DAN Isu Semasa”