Reaksi mahasiswa UM terhadap isu perkauman

Sebagai reaksi balas kenyataan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya berhubung kenyataan menghasut dan berbaur perkauman menerusi risalah dalaman kepada para pelajar, sekumpulan mahasiswa yang menentang tindakan tersebut mengadakan sidang akhbar khas di Fakulti Undang-Undang, universiti berkenaan pagi tadi.
Kenyataan Yang Dipertua MPMUM pada hari rabu lepas mengeluarkan kenyataan bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya negara dan UM diperintah oleh bangsa lain. Kenyataan ini serta merta membangkitkan ketakutan di kalangan mahasiswa bukan Melayu di uni perdana tersebut. Kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau yang dilihat pro kepada kerajaan ekoran kekalahan teruk BN dan juga UMNO dalam PRU12 baru-baru ini.
Ini juga boleh ditafsirkan sebagai ketakutan beliau bahawa Tsunami Politik kini akan melanda dalam politik kampus yang dijadualkan pada September akan datang. Berikut silampirkan kenyataan perkauman YDP MPMUM dan Kenyataan Akhbar Gabungan Mahasiswa SEDAR;

0 Responses to “Reaksi mahasiswa UM terhadap isu perkauman”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply




allbogs_bw2gif.png

Flickr Photos

ceramah

More Photos