Pak Lah Tiada Formula

Keberanian ahli UMNO akar umbi di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Johor harus dipuji. Suara ketua-ketua bahagian UMNO menggamatkan dewan sempena lawatanTimbalan Presiden UMNO, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan juga pimpinan kanan parti ke negeri-negeri berkenaan dengan isu keluwesan UMNO sekarang
Suara gegak gempita mereka boleh disatukan dengan satu nada sahaja iaitu Pak Lah perlu berundur dari tapak kekuasaan. Pak Lah juga perlu memikirkan jalan keluar dan masa yang sesuai untuk menyerahkan baton kepada Mohd Najib Razak.
Gesaan akar umbi ini begitu ketara membuktikan bahawa Pak Lah tiada formula mujarab merawat luka UMNO kini. Luka ini makin parah dijarah oleh ahli UMNO sendiri.
Pendedahan dan beberapa siri pengakuan Pak Lah berhubung faktor-faktor kelemahan yang mengundang kekalahan memalukan lima buah negeri ke tangan pembangkang gagal meredakan kemarahan ahli UMNO.
Pak Lah juga gagal mencari formula ampuh memulihkan persepsi pengundi muda, pihak istana, bloggers, yang jelas tidak memihak kepada kerajaan di bawah kepimpinan beliau. Oleh kerana ketiadaan formula ini, saat kejatuhan Pak Lah diramalkan kian hampir. Kita nantikan saat-saat tersebut.

2 Responses to “Pak Lah Tiada Formula”


  1. 1 amen April 12, 2008 at 1:22 am

    ada!!! gajah depan mana tak nampak, nyamuk seberang yg dicari………………system!!!!!!

  2. 2 suhaimy April 17, 2008 at 4:03 pm

    pak lah tersilah dapat ilham kot……mula-mula kata lambat lagi nak ngundi, tup-tup esok dah umum nak mengundi….cakap tak serupa bikin tul la pak lah nie…. ini lah pemimpin Umno pemimpin islam hadhari penipu rakyat….cakap pun dah penipu nie duit rakyat pun tipu jgk kot….


Leave a Reply




allbogs_bw2gif.png

Flickr Photos

ceramah

More Photos