Penangan keputusan pilihan raya ini telah mengikis banyak keistimewaan Pak Lah selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidak sepertimana menang besar PRU 2004, Pak Lah kini sibuk berdepan tekanan dalaman UMNO sendiri yang mahu beliau undur segera selaku nakhoda pentadbiran negara.
Berdasarkan situasi ini, tiada lagi imej Pak Lah yang suka tidur, keluar negeri terutama ke Australia, tidak kedengaran juga nasib kapal layar yang ditempah di Turki dan begitu juga dengan jet mewah PM.
Pak Lah juga kini berusaha membuang imej “lembik” beliau menyerang kembali seteru politik beliau secara terbuka. Isteri kesayangan pula sudah melabuhkan secebis kain menutup kepala bila dikhalayak.
Dalam pada itu, imej menantu kesayangan tetapi dibenci rakyat juga tidak lagi kelihatan menasihati beliau. Anaknya Nori dan Kamaluddin terus menyepi dalam keributan balada tsunami politik nasional ini.
Perdana Menteri, dan menteri kabinet kini mungkin sibuk merencana perancangan untuk berdepan dengan sidang Parlimen pertma pada 27 April nanti. Sidang ini dijangka gamat dengan kombinasi serangan daripada ahli parlimen pembangkang.
Pak Lah juga harus melihat ancaman terbaru Tun Dr Mahathir mengenai gesaan beliau melepaskan jawatan segera sebelum sidang Parlimen ini. Menurut kenyataan Dr Mahathir dalam kenyataan kepada Malaysiakini “If he doesn’t want to step down as he was asked to, then maybe there would be a vote of non-confidence. If this happens, it will be very bad for him as he is rejected by his party.
“But it can be done although I don’t think Barisan MPs would do it. If the opposition does it, they have 82. If they can get 35 or 36 more from Barisan, Pak Lah has to vacate his post,” said Mahathir.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, maka Pak Lah kini tidak boleh tidur lena lagi. Pak Lah perlu lebih agresif mempertahankan maruahnya agar tidak menjadi perdana menteri Malaysia pertama yang hilang jawatan dengan cara yang paling memalukan. Good Luck Pak Lah!



salam bro…
kenapa menyepi.. frust tak dapat interview ke?? jangan risau.. akan ada banyak action plan lepas ni. u won’t miss it. semacam ada kekurangan dlm blog ni.. mungkin kurang umphh dari segi serangan dan unsur provokasi… cari hulubalang-hulubalang yang bakal menjadi “parrot” semasa sidang parlimen nanti…
all the best to you too!!!
regards, usa
Saya berfikir Parlimen Malaysia akan ditangguhkan kerana tidak lama lagi (sebelum 27 April) akan berlaku kegawatan sosial.
Mari kita lihat. Malaysia boleh! Jadi mcm2 perkara BOLEH JADI sebelum 27 April. Wasalam…
Pak Lah jaga dalam tidur, RAKYAT tidur dalam jaga!!!
Salam perjuangan,
Kalau mengikut teori sosiologi ibnu khaldun, setiap 50 tahun, pemerintah akan bertukar. Maka sekarang sudah tamat tempoh masanya bagi BN. Kepada pengikut2 BN, segerelah menyeberang sebelum Be End.
Wasssalam
jom
macam dah ketinggalan zaman aja blog ini,
Salam..
bila nak update blog ni ,abg hisom?..da naik sawang dah ni